KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Nextgreen Global Bhd, Nomura Holdings Inc dan IHI Corporation meneruskan perbincangan bagi memuktamadkan perjanjian yang akan membawa kepada usaha sama untuk membangunkan Green Technology Park in Pahang (GTPP) serta projek berpotensi yang lain di Negeri Sembilan dan Sarawak.
Keputusan untuk meneruskan perbincangan itu dibuat selepas menilai kebolehlaksanaan dan kebolehuntungan daripada usaha sama itu, seperti dinyatakan dalam memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani pada 8 Nov, 2018.
Pemuktamadan perjanjian antara ketiga-tiga pihak akan disediakan susulan perbincangan melibatkan struktur usaha sama, termasuk tidak hanya terhad kepada perjanjian usaha sama, katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada masa yang sama, Nextgreen, Nomura dan IHI telah bersetuju untuk meneruskan kajian kebolehlaksanaan pembangunan loji kuasa biomass 30-megawatt, loji pemulihan alkali dan loji rawatan air kumbahan bagi GTPP dan projek di Negeri Sembilan dan Sarawak.
Kajian itu juga akan melihat potensi penyelidikan dan pembangunan dalam bidang seperti pemanfaatan sisa dan ekstrak kelapa sawit secara efektif menggunakan teknologi Nextgreen, yang menukar sisa daripada ladang kelapa sawait kepada pulpa, kepakaran IHI dalam tenaga boleh diperbaharui dan kepakaran Nomura dalam kewangan.
“Kami berbesar hati dapat meneruskan kerjasama dengan Nomura dan IHI bagi GTPP, yang kini berpotensi diperluas ke negeri lain. Ini mewakili satu lagi langkah ke depan untuk merasionalisasikan matlamat akhir kami, iaitu menukar bahan sisa industri kelapa sawit kepada komoditi yang boleh digunakan,” kata Pengarah Urusan Nextgreen Datuk Lim Thiam Huat.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Kerajaan akan melancarkan Dasar Tenaga Negara 2021-2040 pada hujung bulan ini untuk meningkatkan aliran pelaburan dan memajukan matlamat pembangunan mampan Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
CYBERJAYA, 8 Ogos (Bernama) -- Kajian rintis di Loji Rawatan Kumbahan Cyberjaya mendapati setiap 15 liter kumbahan mentah mampu menghasilkan 15 peratus gas butanol dan 1.5 peratus etanol.
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Malaysia berpotensi menjadi hab pembuatan sel bahan api hidrogen untuk aplikasi dalam mobiliti hidrogen dan sistem bekalan kuasa tanpa gangguan (UPS), kata Persatuan Tenaga Hidrogen Malaysia (MAHE).
© 2022 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) with 1920 x 1080 resolution
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, portal@bernama.com ]