KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd (MMHE) serta rakan usaha samanya, Hiap Seng Engineering Limited, memperoleh perjanjian perkhidmatan induk bagi pemulihan bersepadu mekanikal utama dan penyelenggaraan statik dari Petronas.
MMHE adalah anak syarikat milik penuh Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB).
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MHB berkata perjanjian itu sah selama lima tahun dengan pilihan dilanjutkan oleh syarikat minyak negara itu.
"Kontrak itu meliputi kerja pemulihan loji bersepadu dan kerja penyelenggaraan harian mengenai statik mekanikal untuk kilang Petronas.
"Projek ini sejajar dengan strategi kami untuk meneroka perniagaan baharu yang menyediakan pesanan berulang dalam memastikan kemampanan pertumbuhan syarikat," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif MHB, Wan Mashitah Wan Abdullah Sani.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]