KOTA SAMARAHAN, 9 April (Bernama) -- Syarikat minyak dan gas kekal menjadi industri pilihan utama dalam kalangan pencari kerja di Sarawak yang berdaftar dengan JobStreet.com, menduduki dua tempat teratas dalam kedudukan berkenaan.
Dapatan itu adalah hasil kaji selidik dijalankan baru-baru ini oleh JobStreet.com untuk mengenal pasti 10 syarikat teratas yang menjadi pilihan utama di Sarawak, yang menunjukkan Petronas, syarikat minyak negara Malaysia, menduduki tempat teratas diikuti Shell, syarikat multinasional British-Belanda.
”Kaji selidik 10 syarikat teratas 2019 itu membabitkan lebih 1125 pencari kerja di Sarawak yang mengambil bahagian dalam kaji selidik secara dalam talian itu,” kata Jobstreet.com Malaysia dalam kenyataan hari ini.
Katanya syarikat berpangkalan di Sarawak, Sarawak Energy menjadi pilihan ketiga manakala Cahaya Mata Sarawak dan AirAsia masing-masing di tempat keempat dan kelima.
Maybank, Naim Holdings Bhd, Shin Yang Group of Companies, Petros dan Sime Darby antara syarikat dalam senarai 10 firma teratas itu.
Kaji selidik itu menunjukkan bahawa pekerja di Sarawak mengutamakan pembangunan kerjaya berdasarkan reputasi syarikat, dengan gaji kekal menjadi satu daripada tiga aspirasi utama dan pertimbangan mereka bagi semua peringkat jawatan.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]