KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) – Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) telah memulakan misi ke Brussels, Belgium untuk menyertai dialog bersama pemimpin Kesatuan Eropah (EU) bagi mencabar Akta Perwakilan blok itu yang jelas mendiskriminasi komoditi tersebut.
Ini berikutan akta itu mengklasifikasikan sawit sebagai amat berisiko tinggi dari segi Perubahan Kegunaan Tanah Secara Tidak Langsung (ILUC).
Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Industri Utama menyatakan misi dua hari bermula 8 April lepas, turut disertai Menteri Penyelaras Ekonomi Indonesia, Darmin Nasution serta Ketua Setiausaha Kementerian Industri Utama Datuk Dr Tan Yew Chong dan Duta Colombia Felipe Garcia Echeverri.
Menurut kenyataan itu, negara anggota CPOPC juga menyifatkan Arahan Tambahan Peraturan Perwakilan 2018/2001 Arahan Tenaga Boleh Diperbaharui EU II (Akta Perwakilan) itu berperanan sebagai alat kompromi politik dalam kalangan blok tersebut.
Akta itu juga bertujuan menyisih dan mengecualikan minyak sawit daripada mandat sektor tenaga boleh diperbaharui EU bagi memberi manfaat kepada minyak sesawi EU dan import minyak sayuran lain yang kurang daya saing.
“Dakwaan oleh Suruhanjaya EU bahawa Akta Perwakilan itu adalah berdasarkan maklumat saintifik dan alam sekitar juga tidak sahih dan semua andaian itu hanya berdasarkan maklumat tidak tepat dari segi saintifik serta kriteria yang bersifat diskriminasi.
“Ini termasuk minyak soya dari sumber terpilih yang dikategorikan sebagai rendah risiko ILUC walaupun penyelidikan dalaman EU sendiri membuat kesimpulan bahawa minyak itu bertanggungjawab bagi lebih banyak pengimportan pembasmian (hutan)."
Menurut kementerian, kriteria tidak berasas dalam Akta Perwakilan itu yang secara sengaja menumpukan aspek minyak sawit dan pembasmian hutan, juga tidak menyentuh kebimbangan mengenai alam sekitar yang lebih meluas dan membabitkan penghasilan minyak sayur lainnya termasuk minyak sesawi.
“Malah, CPOPC melihat Akta Perwakilan sebagai intrumen sebelah pihak yang disasarkan kepada pengeluar minyak sawit, sekali gus mengekang pencapaian dari segi pembasmian kemiskinan dan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu," katanya.
Sehubungan itu, kata kementerian tersebut, CPOPC akan menyampaikan kebimbangan bersama kerajaan Malaysia dan Indonesia kepada pemimpin dan pihak berkuasa EU dalam misi tersebut dan membuka jalan bagi penghasilan satu penyelesaian yang wajar serta dapat diterima oleh semua pihak terbabit.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]