Berita

edotco raih anugerah syarikat menara telekom APAC terbaik Frost & Sullivan



KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Syarikat infrastruktur telekomunikasi bersepadu yang menyeluruh, edotco Group Sdn Bhd meraih Anugerah Syarikat Menara Telekom Asia Pasifik terbaik Frost & Sullivan 2019 bagi tahun ketiga berturut-turut. 

Ketua Pegawai Eksekutif edotco Suresh Sidhu berkata kemapanan merupakan prinsip teras yang memacu keseluruhan operasi perniagaan syarikat itu bagi memastikan ia dapat mewujudkan impak sosial yang positif di pasaran yang diterokai.

“Saya berbangga untuk menyatakan bahawa kami mengakhiri 2018 dengan sejumlah 1,112 laman hijau yang terdiri daripada kawasan yang menggunakan tenaga boleh baharu dan material alternatif dan lebih 1,000 rumah yang dilengkapi bekalan elektrik.

“Anugerah ini benar-benar membuktikan kerja keras kami di seluruh rantau ini,” katanya.

Anugerah Amalan Terbaik Asia Pasifik Frost & Sullivan mengiktiraf syarikat terbaik dalam kelas tersendiri dan cemerlang dalam segmen perniagaan masing-masing selain usaha mereka untuk membangunkan industri.

-- BERNAMA


 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]