Berita

Operasi perlombongan bauksit tidak jauh dari kilang kami - Lynas

Prof DrĀ Ismail Bahari

KUANTAN, 4 April (Bernama) -- Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) hari ini menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya kilangnya di Gebeng di sini terletak jauh daripada tapak operasi perlombongan bauksitnya.

Pengurus Besar Keselamatan, Peraturan dan Pematuhan Lynas Prof Dr Ismail Bahari berkata sebelum pelaksanaan moratarium, operasi perlombongan bauksit dilaksanakan berhampiran dengan kawasan kilangnya.

"Malah, dua ruang perlombongan bauksit yang digunakan sebelum ini terletak dalam jarak sekitar 1km dari kilang Lynas Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan pengerusi Persatuan Pencinta Alam Malaysia Pahang Noor Jehan Abu Bakar yang dilaporkan media sebagai berkata lombong bauksit dan simpanannya terletak jauh daripada kilang Lynas.

Isu jarak perlombongan bauksit dibangkitkan selepas Lynas dilaporkan memberi pandangan bahawa aktiviti perlombongan bauksit di sini boleh menjadi punca pencemaran air bawah tanah berhampiran kilangnya.

Jawatankuasa semakan eksekutif yang dilantik oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dalam laporannya yang dikemukakan pada Disember 2018, mencadangkan penyelidikan lanjut dilakukan terhadap penemuan tahap logam berat di dalam air bawah tanah.

Menurut Ismail jawatankuasa yang mengandungi pakar dalam pelbagai bidang itu juga tidak menunding jari kearah Lynas berhubung penemuan itu.

Ismail berkata sejak memulakan operasinya pada tahun 2012, Lynas menerima lebih 17,000 pelawat ke kilangnya, dan lebih ramai lagi kalangan mereka yang ingin tahu mengenai operasi Lynas supaya tampil untuk melawat kawasan kilangnya.

“Kami terus berharap agar semua yang menganggotai pelbagai jawatankuasa parlimen yang berkaitan untuk menerima undangan kami bagi melawat kawasan kilang atau bertemu dengan pihak pengurusan kami bagi memastikan mereka mendapat maklumat yang tepat mengenai operasi kami,” katanya.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]