Berita

Stesen mengecas kenderaan elektrik akan dibangunkan di New Delhi



NEW DELHI, 28 Mac (Bernama) -- India bercadang untuk membangunkan lebih 130 stesen mengecas kenderaan elektrik di ibu negara New Delhi, untuk kemudahan bakal pembeli kereta elektrik, lapor agensi berita Xinhua.

Beberapa syarikat pembuat kereta dijangka akan melancarkan kenderaan elektrik menjelang Julai-Ogos tahun ini.

Stesen mengecas kenderaan elektrik itu dijangka beroperasi dalam tempoh tiga bulan akan datang, kata seorang pegawai kanan kerajaan. 

Keputusan mewujudkan stesen terbabit dicapai dalam pertemuan antara Menteri Tenaga Nasional, R.K. Singh dan pegawai kerajaan New Delhi pada bulan lepas. 

Objektif pengenalan kereta elektrik antara lain adalah untuk menangani masalah pencemaran udara di ibu negara India itu.

Tahap pencemaran udara di New Delhi dan kawasan sekitarnya amat membimbangkan, yang menyaksikan kualiti udara kekal pada paras "sangat berbahaya" sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]