Pix: Rushdan Abdul Manan
KUCHING, 21 Mac (Bernama) -- Industri minyak dan gas Sarawak dijangka mendapat peluang baharu bagi pengambilan pekerja dan pembinaan keupayaan susulan pemeteraian kontrak RM313 juta antara Serba Dinamik Holding Bhd dan Petronas Carigali Sdn Bhd di sini, hari ini.
Mengikut kontrak itu, Serba Dinamik , kumpulan perkhidmatan tenaga antarabangsa, akan menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan, pembinaan dan pengubahsuaian kepada kemudahan Petronas di negeri itu.
Kontrak itu melibatkan kemudahan di darat Pakej (Bintulu-Sarawak Gas) dan Pakej E (Miri-Sarawak Gas) di Terminal Minyak Mentah Miri dan kemudahan di darat Asam Paya dan kemudahan Bintulu Integrated.
Pada majlis menandatangani kontrak itu, Serba Dinamik diwakili Naib Presiden pengurusan rantaian bekalannya Mohd Izham Abdullah dan Pengarah Urusan Datuk Awang Daud Awang Putera manakala Petronas diwakili Naib Presiden perolehan projek dan teknologi kumpulan Samsudin Miskon and ketua perolehan Noor Mohamad Taj Mohammed.
Majlis itu disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Petronas Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan CEO Kumpulan Serba Dinamik Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah.
Abdul Karim berkata pemberian kontrak untuk kemudahan di Miri dan Bintulu mencerminkan rekod baik Serba Dinamik dari segi kualiti kerja dan penyampaian tepat pada masanya tanpa mengabaikan aspek keselamatan.
“Kami menghargai sokongan daripada Petronas dan keyakinan mereka ke atas kami, yang terbukti dengan memberikan kontrak ini kepada syarikat,” katanya.
Kontrak itu untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 12 Dis, 2018 dan akan tamat tempoh tiga tahun kemudiannya, dengan opsyen dilanjutkan bagi tempoh dua tahun lagi.
Pada majlis itu, Serba Dinamik melantik dua syarikat Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas di bawah Program Pembangunan Vendor Petronas yang bertujuan untuk memperkasa dan meningkatkan kemahiran syarikat tempatan bagi meningkatkan daya saing mereka di pasaran terbuka.
Dua syarikat berkenaan iaitu Ropetech Sdn Bhd dan Eastwind Solutins Sdn Bhd, akan menerima bimbingan Serba Dinamik selaku mentor serta menjalani program pembinaan keupayaan yang dirumuskan dan dipantau oleh Petronas.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]