Berita

Serba Dinamik sasar bida kontrak bernilai RM20 bilion



KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Penyedia pekhidmatan minyak dan gas (O&G),  Serba Dinamik  Holdings Bhd, merancang membida kontrak bernilai RM20 bilion merentas operasinya tahun ini.

Daripada jumlah itu, 60 peratus adalah dalam sektor minyak dan gas, diikuti penjanaan tenaga (30 peratus) dan sektor lain (10 peratus).

Bercakap kepada pemberita di luar acara forum pasaran modal, Invest Malaysia 2019, di sini hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah berkata pada masa ini, 80 hingga 85 peratus hasil dipacu daripada segmen O&G.

Beliau berkata menjelang akhir tahun, nilai perolehan projek bagi segmen itu akan meningkat kepada RM10 bilion berbanding RM8.3 bilion pada masa ini.

"Kami yakin, RM10 bilion merupakan angka yang baik dan boleh dicapai, dan akan membantu meletakkan syarikat pada kedudukan yang baik dengan kewangan yang kukuh,” katanya.

Beliau berkata syarikat itu yakin ke atas pertumbuhan industri, dengan minyak mentah Brent turun naik antara US$60 dan US$70 setong tahun ini.

Selain Malaysia, syarikat itu juga beroperasi di Afrika, Timur Tengah dan Kesatuan Eropah.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]