Berita

Serba Dinamik International peroleh projek bernilai RM448.09 juta



KUALA LUMPUR,  12 Feb (Bernama) -- Unit  Serba Dinamik  Holdings Bhd iaitu  Serba Dinamik  International Ltd, memperoleh tiga kontrak operasi dan penyelenggaraan keseluruhannya bernilai RM448.09 juta.

 Serba Dinamik  Holdings berkata satu lagi unit,  Serba Dinamik  Sdn Bhd, memperoleh enam projek merangkumi satu kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pelaksanaan (EPCC), dua kontrak  O&M dan EPCC dan tiga kontrak  O&M.

“Kontrak berkenaan tidak mempunyai nilai spesifik kerana ia berasaskan ‘panggilan’ iaitu perintah kerja akan diberikan mengikut budi bicara pelanggan berdasarkan jadual aktivitinya dan kadarnya ditentukan sepanjang tempoh kontrak berkenaan,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

 Serba Dinamik  Holdings, penyedia penyelesaian kejuruteraan bagi industri minyak dan gas, dan penjanaan kuasa, berkata kontrak berkenaan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2019.

-- BERNAMA


 





    Berita Lain-lain

Bomba Akan Sedia Garis Panduan Pemasangan Panel Solar

IPOH, 20 Mac (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan mengeluarkan garis panduan dalam pemasangan panel solar di bangunan, premis perniagaan dan rumah di seluruh negara.  


Ahli Dewan Negara Cadang Tnb Beri Rebat Bil Elektrik Susulan Fenomena Cuaca Panas

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) disaran memberikan rebat 15 hingga 20 peratus daripada keseluruhan bil elektrik dari bulan Januari ke Mac tahun ini susulan fenomena cuaca panas yang masih melanda negara.


Utp Menang Anugerah Tenaga Negara Sebagai Pengiktirafan Usaha Kemampanan

KUALA LUMPUR, 18 Mac  (Bernama) -- Universiti Teknologi Petronas (UTP) telah menerima Anugerah Tenaga Kebangsaan (NEA) 2023 di bawah Kategori Anugerah Khas untuk Institusi Pengajian Tinggi, sebagai pengiktirafan terhadap usaha-usaha kemampanannya.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]