PELABUHAN KLANG -- Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin (kanan) melihat salah satu kontena yang mengandungi barangan dagangan sisa plastik yang dicemari dengan buangan berjadual sempena Operasi Penguatkuasaan Pengimportan Sisa Plastik di Westport, Pulau Indah. Operasi itu melibatkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lembaga Pelabuhan Klang dan Syarikat Westports Malaysia Sdn Bhd. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Datuk Seri Dr Mohd Azhar Yahya (kiri) dan Ketua Pengarah JAS Datuk Dr Ahmad Kamarulnajuib Che Ibrahim (tengah).
KUALA LUMPUR -- Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) Tan Sri Leo Moggie (kanan) ketika beramah mesra dengan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Datuk Seri Azman Ujang dalam temu bual bersama BERNAMA di Ibu Pejabat TNB.
PORT DICKSON -- Replika model Loji Solid Waste Modular Advanced Recovery & Treatment (SMART) Waste-To-Energy (WTE) di Pusat Pelupusan, Rawatan dan Pengambilan Semula Sumber Sisa Pepejal Secara Sanitari (Cypark) Tanah Merah. Loji Smart WTE merupakan projek pertama di Malaysia yang dibina oleh Cypark Resources Berhad menelan kos RM300 juta dan berfungsi sebagai mengubah sisa pepejal buangan menjadi bekalan tenaga elektrik.
PELABUHAN KLANG -- Menteri Industri Utama (MPI), Teresa Kok (dua, kiri) di beri penerangan oleh Pengarah Kejuruteraan dan Pemprosesan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Dr Astimar Abdul Aziz mengenai penggunaan Biodiesel B10 pada Majlis pelancaran Inisiatif FGV - MPOB Dalam Menerajui Penggunaan B10 di Felda Transport Services Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Pandamaran.
KOTA KINABALU -- Pelantar minyak St. Joseph yang terletak 42 batu nautika dari Kota Kinabalu. Sebanyak 17 pelantar minyak di Sabah yang kesemuanya terletak di pantai barat negeri itu.
KEMAMAN -- Juru pendawaian elektrik (chargemen) Epic Solar Sdn Bhd, Zainuddin Salleh melakukan pemeriksaan pada panel solar di Loji Janakuasa Tenaga Solar Berkapasiti 18.5 MW Teluk Kalong. Loji jana kuasa solar diselia oleh EPIC Solar Sdn Bhd iaitu syarikat usaha sama antara EPIC Bhd dengan MIE Industrial Sdn Bhd, mula beroperasi pada Mac lalu di kawasan seluas 70 ekar dengan kos berjumlah RM86 juta. Loji berskala besar ini dijangka akan memberi manfaat kepada sistem bekalan elektrik yang dijana dari sumber yang mesra alam. Bekalan elektrik ini juga dapat digunapakai oleh industri di sekitar negeri ini dan masyarakat.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]